Trimister pertama hidupku.

Begitu sedemikian simple tajuk permulaan blogku..setelah 32tahun aku kembali menulis utk diri sendiri, mengabadi setiap detik kehidupan dalam sebuah tulisan.. Jauh sudah sejarah hidup ini jika dibandingkan semasa zaman baru tamat pengajian dulu, zaman itu telah berlalu dan aku kini telah berstatus isteri utk kali kedua.. Semoga Allah memperpanjangkan jodoh ini dan meredhoi serta merestui setiap detik hidup kami yg terlindung,
Moga Allah sentiasa memelihara kami dibawah arasyNya..

Aku juga punya seorang puteri 'Izz Aisyah Sufiah' yg sgt aku cintai melebihi dunia dan isinya.. Dan aku punya 10 orang ank tiri dari suami yg aku cintai hingga ke syurga ini.

Aku isteri ketiga, bukan berbangga ketika mencoret disini tp aku tidak malu mengakui aku isteri ketiga dan kesemua madu-madu ku sangat baik denganku. Kami seperti adik beradik yang mencintai seorang suami yg sama.. Kerana suami itu hak Allah maka kami tidak lokek berkongsi, satu hari kelak dia tetap akn pergi dari kami kerana dia hanya pinjaman Allah buat kmi didunia. Smoga juga Allah pinjamkan dia di syurga untuk kami semua..

Hidup sebagai seorang 'bisnes woman' yang selalu dilanda kekalutan jiwa, kekalutan memilih waktu yg bijak utk istirehat bersama keluarga tercinta.. Anakku sering kelaparan kasih sayang, namun tidak pernah kuabaikan jika punya waktu walau sekelumit, ya Allah cukupkan lah kasih sayangku terhadap ankku dan ank-ank tiriku.. Bisnes ini satu jalan untuk kebahagiaan di dunia dan semoga dengan berkat bisnes ini juga memberi kami kebahagiaan bg mencukupkan dan melengkapi kehidupan didunia ini dan satu harapanku, semoga aku boleh menambah nilai hidup orang lain..menjadi inspirasi untuk kehidupan orang lain.. InsyaAllah dengan trimister yang masih tersisa ini akan aku abadikan untuk memberi yang terbaik utk semua..semoga Allah memberikan yg terbaik untuk kehidupanku. Aminn

Comments